BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH


 








1.Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran.


2.Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkan kepada semua anggota panitia.










3.Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian


4Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli dan salinan kepada pengurusan sekolah.





5.Mengagih pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan-soalan ujian , peperiksaan bulanan , pertengahan tahun dan akhir tahun.





6.Merangka Takwim Panitia setahun - mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun .





7.Menentukan target mata pelajaran bersaskan peperiksaan akhir tahun .





8.Berusaha menambah ABM dan memastikan penggunaan yang maksimum dan berkesan .





9.Memberi bimbingan kepada guru baru tentang pengajaran , rancangan , sukatan pelajaran , ujian dan lain-lain .





10.Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia mata pelajaran





11.Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya .





12.Membantu dalam pengurusan, penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber, Makmal Bengkel .





13. Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti Projek UPSR dan sebagainya .





14. Memberi input yang imaginatif dan inovatif, contoh membina instrument penilai yang berkesan .